17 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan menumpaskan cubaan penyeludupan rokok selepas merampas 4.27 juta batang rokok kretek pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM2.95 juta di Tanjung Sepat, Selangor.
Manakala, bot pancung tanpa tekong dan awak-awak telah ditahan di kedudukan 0.07 batu nautika barat daya Kampung Batu Laut, Tanjung Sepat.
Jumlah keseluruhan kesemua rampasan rokok termasuk bot, 6 enjin dan rokok bernilai RM3.15 juta.
Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv
#rokokkretek
#seludup
#rokokseludup
#apmm
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV