11 Mei – Meriah sungguh Majlis Mahabbah Aidilfitri Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang dihadiri oleh 10,000 warga universiti berkenaan termasuk pelajar dan pensyarah.
Majlis rumah terbuka yang dibuat secara besar-besaran itu bertujuan peluang terbaik buat warga UTeM dalam mengukuhkan semangat kekeluargaan dan perpaduan dalam kalangan warga universiti.
Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Canselor UTeM, Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam.
Pada majlis sama turut berlangsung pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) antara UTeM dan On Semiconductor Malaysia Sdn. Bhd.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#MahabbahAidilfitri
#UTeM
#Syawal2023
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV