Penduduk Kampung Beraya Dengan ‘Ngoca’

8 Mei – Unik betul cara penduduk Kampung Kuala Sungga memeriahkan sambutan Aidilfitri mereka dengan acara mengoca, semalam.

Acara mengoca ini merupakan aktiviti tradisi iaitu menangkap ikan secara beramai-ramai menggunakan tangan atau sebarang alat di kawasan seperti tali air mahupun parit.

Bagi kebanyakan peserta, mereka tidak kisah sekiranya kotor atau bermandi lumpur asalkan dapat berseronok menangkap pelbagai jenis ikan air tawar seperti keli, haruan dan belut.

Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv

#Ngoca
#Mengoca
#menangkapikan
#JomNgoca
#KualaSungga
#Selandar
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy