7 Mei – Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, semalam meriah dengan kehadiran pelbagai kaum termasuk orang asli yang hadir bagi bersama-sama menyambut lebaran tahun ini.
Dengan pelbagai juadah raya disediakan seperti sate, nasi impit, lempeng, penganjuran rumah terbuka itu juga mengeratkan lagi hubungan pemimpin dengan masyarakat sekitar.
Biarpun diadakan pada waktu malam, namun rata-rata pengunjung dilihat mula membanjiri kawasan Kompleks Japerun Machap Jaya itu sekitar jam 7 malam semalam.
Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv
#MachapJaya
#RumahTerbukaMachapJaya
#Syawal
#Aidilfitri2023
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV