3 Oktober – Dianggarkan lebih 20,000 orang Melaka hadir memeriahkan Program Bandaraya Melaka Berselawat 2022 berlangsung di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) malam tadi.
Terdahulu program itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam yang diiringi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum.
Hadir sama, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Zaidi Attan serta Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis.
#MelakaBerselawat
#MaulidurRasul
#MBMB
#UstazAzharIdrus
#HabibAliZaenal
#UstazWadiAnnuar