31 Ogos – Penduduk Kampung Pantai Rombang nyata teruja dengan penganjuran Rumah Ceria Merdeka buat julung kalinya diadakan bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan pada tahun ini.
Selain dapat mempamerkan kreativiti masing-masing dalam menghias rumah, anjuran Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Pantai Rombang itu sekali gus merapatkan hubungan silaturrahim antara keluarga serta seluruh penduduk kampung.
Pada kemuncaknya malam tadi, peserta Rokiah Mahmud telah dinobatkan sebagai juara Rumah Ceria Merdeka serta membawa pulang wang tunai RM400 yang disampaikan oleh Pengerusi JPKK Pantai Rombang, Muhammad Shafiq Ab Majid.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#PantaiRombang
#JPKKPantaiRombang
#RumahCeriaMerdeka
#PantaiKundor
#Merdeka
#Kemerdekaan
#KeluargaMalaysiaTeguhBersama
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV