31 Ogos – Majlis Apresiasi Hari Koperasi Negara Negeri Melaka 2022 ini diadakan untuk memberikan penghargaan kepada Koperasi di Melaka. Majlis turut diserikan dengan penyampaian 20 Koperasi Terbaik Peringkat Negeri Melaka dan Pelancaran Melaka Co-opnity yang merupakan Pusat Sehenti Koperasi secara maya di Negeri Melaka yang memberi peluang 448 buah koperasi di Melaka untuk mempromosikan produk dan servis koperasi melalui platfom digital selaras di bawah Pelan Transformasi Koperasi Malaysia 2021-2025.