20 OGOS – Konvoi Semarak Merdeka Melaka 2022 berlangsung dengan disertai lebih 100 motosikal berkuasa tinggi di Dataran Sejarah Ayer Keroh hari ini.
Pelepasan peserta konvoi disempurnakan Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Konvoi sejauh 60 kilometer (km) dari Dataran Sejarah Ayer Keroh ke Taman Rekreasi Durian Daun, Masjid Tanah dan kembali ke Ayer Keroh itu diketuai Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Pengurusan Banjir dan Infrastruktur negeri Datuk Rahmad Mariman.
Program ini adalah bagi menyemarakkan kemeriahan Sambutan Hari Kemerdekaan negara di samping menyemai semangat patriotik dan bersatu padu dalam kalangan peserta yang mengambil bahagian.
Ikuti kami di :
Telegram : https://t.me/melakatv
#Merdeka
#Konvoi
#MOTORBESAR
#melaka
#melakahariini
#MelakaTv