NUBE Adakan Piket Di Seluruh Negara, Mahu KWSP PecaT CEO, GPO MBSB

22 Jun – Terdahulu, CEO MBSB, Datuk Nor Azam dan GPO MBSB, Farid Basir didakwa telah bertindak tidak jujur, tidak berintegriti dan tidak profesional dengan melakukan pelbagai tindasan terhadap lebih 19,000 ahli Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pekerja Bank (NUBE) di seluruh Malaysia sejak mereka memegang jawatan di syarikat itu pada April dan Ogos 2021 lalu. Malah mereka juga dikatakan mengamalkan hooliganisme dan gangsterisme , sedangkan sebagai individu yang memegang jawatan tertinggi, lebih-lebih lagi di sebuah bank Islam yang mengamalkan pematuhan syariah.

Antara senarai yang dikatakan memusnahkan NUBE termasuklah :
1. Mendiskriminasi pekerja B40 dan M40 dalam kalangan ahli NUBE dengan menafikan bantuan kewangan bernilai RM1,000 dibayar sekali kepada semua pekerja MBSB dengan gaji asas RM5,000 atau kurang, kecuali ahli NUBE.
2. Menghalang pekerja B40 dan M40 menyertai NUBE
3. Mengingkari kebajikan pekerja untuk memotong yuran kesatuan pekerja Duta Gigital yang disertai NUBE.
4.Enggan memberi kemudahan kadar faedah pinjaman perumahan yang lebih rendah, dimana bercanggah denagan Perjanjian Kolektif.

Dan lain-lain perkara.

#MBSB
#NUBE
#PenindasanPekerja
#MelakaHariIni

Views:

4 views

Shares

Leave a Reply

© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy