29 April – Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam meraikan seramai kira-kira 70 pengamal media dalam majlis berbuka puasa di Istana Melaka, malam tadi.
Dalam majlis sama, Melaka Hari Ini sempat menyerahkan cenderahati kepada Tun Mohd Ali yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid.
Dalam majlis itu, Tun Mohd Ali berkenan untuk berbuka puasa bersama pengamal media yang hadir disusuli dengan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah.
#TunMohdAli
#IstanaMelaka
#PengamalMediaMelaka
#PENDIKA
#MelakaHariIni
#MHI
#media