13 April – Para peniaga berang selepas jalan di hadapan premis perniagaan mereka sesak susulan ia dijadikan alternatif bagi pengguna jalan raya untuk ke Bukit Beruang.
Malah lebih teruk lagi, apabila peniaga mendakwa kehilangan pendapatan hingga 30 peratus apabila premis mereka seolah-olah ditutupi dengan deretan kenderaan.
Menerusi tinjauan Melaka Hari Ini dan maklumat daripada orang awam, laluan itu dikesan sesak pada awal pagi dan waktu puncak sekitar jam 12.30 tengahari.
Konflik itu berlaku selepas penutupan Jalan Taman Akasia pada Oktober 2018 ketika Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu memerintah kawasan itu.
#TamanAkasia
#PulauNibong
#PengkalanBatu
#MelakaHariIni
#MHI
#media