River Lights 2022 ‘Port’ Santai Baharu Anak Muda

27 Mac – Exco Belia dan Sukan negeri, V P Shanmugam yang mewakili Ketua Menteri merasmikan projek ‘River Lights’ 2022 di Taman SDG, Sungai Melaka.

Ia turut dihadiri, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Abu.

Menerusi projek River Lights, pengunjung terutamanya belia dapat bersantai di kawasan tepi Sungai Melaka Fasa 2 serta dihiburkan dengan persembahan artis tempatan dari 25 hingga 27 Mac 2022.

Manakala, pertunjukan arca yang menampilkan reka bentuk warna pelangi serta lampu neon pula akan dikekalkan hingga 31 Mei 2022 khas buat warga Melaka yang ingin bersantai dan berswafoto.

#RiverLights
#SungaiMelaka
#TamanSDG
#ProjekLight
#MelakaHariIni
#MHI
#media

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy