Demostrasi Tentera Malaysia & Kanada Bergabung Dadapi Ancaman Senjata Bahan Kimia

24 Mac – Suasana cemas menyelubungi penumpang sebuah bas persiaran di Padang Pavilion, Kem Terendak apabila diserang pengganas menggunakan senjata bahan kimia.

Berikutan itu, pasukan 21 Grup Gerak Khas (GGK), 12 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dan pasukan perubatan Angkatan Tentera Darat (ATM) diaktifkan bagi menangani ancaman agen kimia, biologi, radiasi, nuklear dan bahan letupan (CBRNe).

Senario itu adalah sebahagian latihan demostrasi Eksesais Mantis Siri 8/2022 yang dilaksanakan secara bilateral antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Angkatan Tentera Kanada (ATK) yang bermula sejak 25 Jan lalu bagi menutup tirai hari ini.

#TDM
#TDK
#CDRNe
#ATM
#RAJD
#Demonstrasi
#MelakaHariIni4

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy