21 Jan – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali hari ini hadir dalam sesi roadshow pasca Rancangan Malaysia ke-12 Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri bersama kerajaan negeri Melaka.
Sesi roadshow Pasca RMK-12 itu diadakan selepas Konvensyen Hala Tuju Perancangan Pembangunan Negeri Melaka yang diadakan selama dua hari bermula semalam.
#RMK12
#TokLeman
#KerajaanNegeriMelaka
#PascaPerancanganMalaysia
#MelakaHariIni
#MHI
#media