Jenazah Allahyarhamah Toh Puan Zurina Selamat Dikebumikan

19 Ogos – إِنَّا ِلِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Jenazah Allahyarhamah Toh Puan Zurina Kassim selamat dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Al Azim, kira-kira jam 10 malam tadi.
Terdahulu, Allahyarhamah yang juga isteri mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-6, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob, dibawa ke Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

Jenazah kemudiannya dibawa ke Dewan Seri Negeri, di Kompleks Seri Negeri Ayer Keroh kira-kira jam 7.30 malam untuk penghormatan terakhir dan seterusnya dibawa ke Masjid Al Azim untuk solat jenazah sekali lagi yang disertai kira-kira 1,000 jemaah.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di kediaman beliau di Bukit Damansara, Kuala Lumpur kira-kira jam 10.10 pagi tadi.

Telegram (https://t.me/melakatv)
MelakaTV
MelakaTV official https://melakatv.com

#SalamTakziah
#TohPuanZurina
#Kebumi
#MelakaTV
#MelakaHariIni

Views:

50 views

Shares